ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA

 

Alat-alat berfikir


Alat berfikir dapat membantu proses pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih berkesan dan sistematik.

Contoh-contoh alat berfikir: 

Pengurusan grafik
Peta minda
Pemetaan i-Think
Teknik menyoal aras tinggi
Alat Cort 1
Alat Cort IV

 



Alat berfikir dapat membantu :                           
  • meningkatkan kemahiran berfikir
  • idea lebih tersusun, jelas dan mudah   difahami
  • proses mengingati lebih mudah

   Pengurusan Grafik

    Pengurusan grafik melibatkan pola penyusunan yang mewakili hubungan antara maklumat bagi sesuatu idea.Penggunaan borang grafik dapat membantu pelajar mengingati sesuatu perkara dengan mudah dan ingatan tersebut bertahan lama di samping menjadikan seseorang itu lebih fokus.

    Borang grafik dapat digunakan dalam :
                         ·            Membanding dan membeza
                         ·            Membuat kategori
                         ·            Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan
                         ·            Menerangkan sebab dan akibat
             ·            Mengusul periksa andaian
    Contoh pengurusan grafik

     Peta Minda

         Menurut Buzan(2003), peta minda digunakan dalam pelbagai bentuk dan aplikasi termasuklah dalam bidang pembelajaran dan pendidikan di mana sering kali ia diajar sebagai 'jaring' atau 'penjaringan', merancang dan pengilustrasian dalam kejuruteraan.


    Contoh peta minda
      

        Pemetaan i-THINK

    Pemetaan i-THINK bertujuan untuk mempertingkat dan menerapkan kemahiran  
    berfikir dalam kalangan pelajar untuk memudahkan proses pembelajaran 
    mereka.

    Pemetaan i-THINK berkesan untuk :
    •               Menajamkan minda
    •               Memperoleh makna dan pemahaman tentang sesuatu
    •               Menerokai pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan
    •               Memperoleh penyelesaian yang baik kepada sesuatu masalah
    •               Menyediakan refleksi dan metakognitif mengenai sesuatu proses
    Pemetaan i-THINK terbahagi kepada lapan jenis iaitu :






         Teknik Menyoal Aras Tinggi

    Kemahiran menyoal merupakan alat perkembangan minda yang paling penting 
    dalam kehidupan manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana kemahiran menyoal  
    menandakan seseorang itu telah menguasai kemahiran belajar.

    Kemahiran menyoal perlu dikuasai bertujuan untuk :
    ✔ Mengaktifkan pelajar dalam kelas
    ✔ Memotivasikan pelajar
    ✔ Menanam minat dalam diri pelajar
    ✔ Mengenal pasti kelemahan
    ✔ Meningkatkan daya pemikiran
    ✔ Menjana pembelajaran kendiri

    Terdapat tiga teknik menyoal aras tinggi :




        Alat-alat CoRT 1

    Golongan pendidikan kebanyakkannya menggunakan teknik CoRT iaitiu Cognitive 
    Research Trust yang diperkenalkan oleh Edward De Bono dalam proses 
    pengajaran dan pembelajaran dan alat ini mengandungi enam bahagian CoRT iaitu :

    i. CoRT 1 : Keluasan Persepsi
    ii. CoRT 2 : Organisasi Proses Berfikir
    iii.CoRT 3:Interaksi, Argumen, Pemikiran Kritis
    iv.CoRT 4 : Pemikiran Kreatif
    v. CoRT 5 : Maklumat dan Perasaan
    vi.CoRT 6 : Tindakan

    !!! Namun yang sering digunakan oleh guru ialah alat CoRT 1 yang mengandungi 
           tujuh teknik asas.

     PMI - Plus, Minus, Interesting
    (Baik, buruk, menarik)
    CAF - Consider All FActs
    (Ambil kira semua faktor)
        C&S - Consequence & Sequel
       (Kesan dan akibat daripada kesan)
    AGO – Aims, Goals, Objective
    (Tujuan, matlamat, objektif)
    FIP – First Important Priority
    (Keutamaan)
    APC – Alternatives, Possibilities, Choices
    (Alternatif, kemungkinan, pilihan)
    OPV – Other People’s Views
    (Pandangan orang lain)

    Comments

    Popular posts from this blog

    CONTOH PETA MINDA SEJARAH

    APLIKASI KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA DALAM SUBJEK SEJARAH

    PENGENALAN