APLIKASI KEMAHIRAN MENGAMBIL DAN MEMBUAT NOTA DALAM SUBJEK SEJARAH

         MASALAH 1


Pelajar sukar mengigati nama-nama tokoh yang terlalu ramai.


Melalui peta bulatan, pelajar dapat melihat jelas nama setiap tokoh-tokoh tersebut. Pelajar juga tidak akan tertinggal nama tokoh kerana telah menggariskan nama tokoh di dalam buku teks dan memindahkannya ke dalam peta bulatan ini. Hal ini kerana, kebiasaannya pelajar kerap kali terlupa bilangan dan nama tokoh-tokoh jika hanya digariskan di dalam buku teks sahaja. Oleh itu, peta bulatan ini jelas boleh digunakan untuk menyenaraikan semua perkara yang diketahui tentang perkara atau idea tertentu supaya perkara tersebut boleh diteroka.

MASALAH 2

Pelajar sukar memberi penerangan mengenai sesuatu topik.


Maka, peta buih ini  telah membantu pelajar menerangkan sesuatu perkara atau idea dengan menyenaraikan kata adjektif seperti kualiti, sifat atau ciri supaya boleh menerangkan dan memahami sesuatu dengan lebih baik. Sebagai contoh, pelajar ingin memberi penerangan tentang faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara. Maka segala isi yang menjadi faktor tersebut dipecahkan kepada beberapa bulatan di sekelilingnya menunjukkan penerangan kepada faktor tersebut. Oleh itu, pelajar mudah memberikan penerangan kepada sudah dipecahkan.




MASALAH 3

Pelajar keliru dengan persamaan dan perbezaan sesuatu topik.

Peta Buih Berganda ini dapat menerangkan secara jelas persamaan di antara Kerajaan Maritim dan Kerajaan Agraria iaitu kedua-duanya merupakan kerajaan awal di Asia Tenggara, mengamalkan agama Hindu Buddha dan mempunyai raja sebagai pemerintah.

Selain itu, perbezaan di antara kedua-dua kerajaan tersebut disenaraikan di dalam bulatan-bulatan yang berada di luar.

Oleh itu, pelajar lebih mudah mengenalpasti persamaan dan perbezaan bagi sesuatu tajuk sejarah.


MASALAH 4

Pelajar sukar untuk membuat kronologi sesuatu peristiwa.

Peta Alir membantu menyenaraikan kronologi mengikut susunan yang teratur daripada titik permulaan sehingga titik terakhir dalam sesuatu peristiwa supaya pelajar dapat memahami apa yang perlu dilakukan untuk mencapai sesuatu.

Maka, susunan peristiwa tersebut nampak sangat tersusun dan jelas. Pembaca juga lebih berminat untuk membaca nota dalam bentuk peta alir. Sebagai contoh, kronologi penentangan Dato' Maharajalela di Perak. Walaupun banyak peristiwa yang perlu diingati, namun peta minda sangat memudahkan kelancaran kronologi tersebut.


MASALAH 5

Pelajar keliru mencari sebab dan kepentingan sesuatu topik.


Peta Pelbagai Alir membantu melakarkan sebab dan akibat sesuatu peristiwa agar boleh memahami akibat tindakan-tindakan yang diambil dan cara untuk mengubahnya.

Sebagai contoh, jika kita ingin mengetahui sebab-sebab pembukaaan Kota Mekah, senaraikan sebab-sebab tersebut di sebelah kiri manakala kepentingan pembukaan kota Mekah di sebelah kanan.


MASALAH 6

Pelajar keliru menyusun maklumat dalam kumpulan yang berbeza.


Peta pokok membantu pelajar menyusun maklumat supaya berada dalam kumpulan yang berbeza agar boleh memahami maklumat tersebut dalam gambaran besar secara menyeluruh.

Sebagai contoh, jika mahu menyusun pendidikan yang diterima di Tanah Melayu, kelaskan butiran yang sama dalam kumpulan yang sama dan labelkan kumpulan tersebut kepada di rumah, pendidikan rendah dan pendidikan madrasah.


MASALAH 7

Pelajar kurang mahir menghuraikan ciri-ciri.

Peta Dakap membantu memecahkan sesuatu kepada ciri-ciri selanjutnya supaya dapat memahami cara sesuatu berfungsi.

Sebagai contoh, pertembungan Tamadun Islam dengan tamadun lain adalah disebabkan perdagangan, penaklukan dan kebudayaan. Kemudian, daripada ciri-ciri tersebut boleh dihuraikan dengan lebih jelas di tepi.


MASALAH 8

Pelajar keliru apabila wujud hubungan yang serupa.

Peta Titi membantu menyenaraikan beberapa pasangan butiran yang berkaitan antara satu sama lain supaya dapat memahami perkara-perkara yang mempunyai hubungan yang serupa.

Sebagai contoh, bidang-bidang ilmu pengetahuan dan tokoh ilmuan Islam seperti tokoh bidang perubatan adalah Ibnu Sina dan seterusnya.




Comments

Popular posts from this blog

CONTOH PETA MINDA SEJARAH

PENGENALAN